Thursday 14 March 2013

Istilah Guru Ganti, Guru Interim dan Guru Sandaran

Guru yang baru menamatkan pengajian dan dalam proses untuk disahkan kepada jawatan sebenar. Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bukan sahaja ditawarkan di sekolah. Sekiranya seseorang itu mempunyai kelulusan ijazah dalam kejuruteraan seperti elektrik, mekanikal atau pun perakaunan contohnya, boleh juga memohon di mana-mana politeknik di Malaysia. Contoh GST ini ialah Guru Interim.

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
Istilah buat individu yang tidak mempunyai sijil atau diploma atau ijazah dalam bidang perguruan namun berminat dan memohon untuk menjadi guru. Kebiasaannya mereka ini akan jadi guru ganti yang akan memenuhi kekekurangan guru di sesebuah sekolah; tertakluk kepada kontrak dan jangka masa tertentu tetapi boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa sahaja. Contoh GSTT ialah Guru Ganti.

Status guru interim bermaksud mereka layak menikmati segala ganjaran kewangan dan faedah sampingan sepertimana penjawat awam yang lain, kecuali status perkhidmatan secara tetap. Tempoh interim tidak akan diambil kira sebagai perkhidmatan tetap, termasuk senioriti dan hitungan sagu hati persaraan (gratiuiti). Tarikh lantikan tetap akan tertakluk kepada keputusan temu duga SPP, sama ada mulai tarikh temu duga, atau diundur sehingga sama dengan tarikh penempatan secara interim.

Kekosongan sementara berlaku di sekolah apabila guru-guru terlatih bercuti bersalin atau mengikuti kursus jangka pendek. Bagi mengatasi kekosongan sementara ini, guru ganti yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar lepasan SPM atau STPM yang tidak memiliki latihan ikhtisas telah dilantik secara kontrak. Sekolah dibenarkan mengambil guru ganti sekiranya terdapat kekosongan sekurang-kurangnya 28 hari. Kekosongan sementara yang wujud apabila guru berkursus jangka pendek tidak dapat diisi oleh guru ganti.

1 comment:

  1. Salam. Saya nak bertanya,,, adakah saya akan dipostingkan di sekolah yang saya interim sekarang. Saya interim di Kolej Vokasional aliran pemesinan am sedangkan major saya adalah elektrik. Adakah saya akan dipostingkan di kolej vokasional lain yang ada kekosongan guru elektrik..
    TQ

    ReplyDelete