Wednesday, 6 February 2013

Jadual Kutipan Data EMIS 2013

Berikut adalah jadual kutipan DATA EMIS ONLINE bagi tahun 2013. Semua guru data perlu memuat turun jadual ini sebagai persediaan penghantaran data EMIS ke Unit ICT PPD Pasir Gudang.


Langkah - langkah yang perlu dilakukan oleh guru data:

Langkah 1:
Pastikan guru data sudah mengemaskini maklumat terkini.
(Sila pastikan enrolmen murid dikemaskini setiap akhir bulan)

Langkah 2:
Muat turun Borang Pengesahan Sekolah pada bahagian Laporan Sekolah di dalam EMIS.

Langkah 3:
Print Borang Pengesahan Sekolah tersebut dan pastikan Guru data, PK Pentadbiran dan Guru Besar menandatangani borang tersebut.

Langkah 4:
Scan Borang Pengesahan Sekolah yang telah ditandatangani tersebut dan emailkan laporan tersebut kepada emisppdpgudang@gmail.com

Langkah 5:
Simpan 1 salinan borang pengesahan tersebut di dalam Fail EMIS sekolah untuk pemantauan oleh pihak PPD Pasir Gudang.


Kenapa Laporan ini perlu dihantar setiap bulan?
Sebagai bukti pengesahan telah dilakukan oleh pihak pentadbir sekolah setiap bulan.

1 comment: